Tuesday 9 July 2013

Selamat Berpuasa untuk Semua


bulan mulia menjelang tiba,
tamatkan sengketa bermaafan kita;
berpuasalah kita menurut adabnya,
tidaklah hanya berlapar dahaga.

dari mana hendak ke mana,
tinggilah rumput si dari padi;
bersyukur kita pada Yang Kuasa,
ditemukan puasa sekali lagi.
anak gelama dalam lautan,
mari dibawa di dalam raga;
moga berpuasa genap sebulan,
hikmahnya pula jangan dilupa.

Bazar Ramadhan Tumbuh Banyak gerai,
Pelbagai Juadah Buat Jualan;
Hanya Kita Jangan Terabai,
Tuntutan Nafsu Yg Berlebihan.

Kedatangan Ramadhan Kita nantikan,
Bersolat tarawih di malam hari;
Ganjaran Allah kita himpunkan,
Untuk bekalan kemudian hari.

 
Ramadhan semakin Menghampiri,
Bermula puasa selama sebulan;
Andai Ada Khilaf Ampunkan diri.
Semoga Puasa penuh keberkatan.
 
9 July -Selamat Menyambut bulan Ramadhan yang mulia dari  kami, pasukan B.O.M.B paintballerz. Sedikit coretan mengenai latihan kami yang baru saja selesai di Bukit Lagong pada 7 july yang lalu. dah rasa mcm ala komando main kat dalam hutan. Habis dah pacat naik kat badan dan turut serta dalam aksi yang penuh mendebarkan. Syabas buat anda semua, anda memang mercenary laa..hihi. Ramai muka-muka baru yang turut serta memeriahkan aktiviti di bukit lagong. Terima Kasih atas sokongan anda dan lepas ni boleh la turut serta dalam aktiviti B.O.M.B yang akan datang.Tak lengkap entry ni kalau tidak ada secebis dua gambar aksi kita di sana jadi kita layan dulu gambarnya.

 Berkumpul di balai polis IPD Gombak.

 WTS: Kereta BOMB Paintballer. TQ Trigger


 Ni baru lepas bersiap nak pg berperang.Ko tgk ape tu echa!

 Ini la barisan kita yang ikhlas berjuang.

 Lepas berperang pun sempat lagi nak memancing..jom la mandi

 Operasi ajak abang rosli join BOMB

Dah abis dah gamba.Peace yooo!!

Kalo nak tgk gamba kami yang lain, dekat facebook kami pun ada. Dengan kesempatan ini juga, kami ingin mengucapkan selamat datang kepada ahli baru kami, abang Affe dan abang Rosli. Nak tahu sapa dieorg ni, haaa kat dalam gamba ada...try la cari. Itu saja dari saya, Ampun maaf dipinta, selamat berpuasa. Roger and Out!

No comments:

Post a Comment