Showing posts with label Siries. Show all posts
Showing posts with label Siries. Show all posts

Friday 20 September 2013

Siri Rakan Sepasukan yang Efektif (For Paintballer)

Penafian (Disclaimer):
Tujuan Siri artikel ini adalah sebagai perkongsian pengalaman aku dalam sukan Paintball khususnya untuk rakan2 sepasukan aku dan amnya newbies yang ingin membentuk pasukan. Apa yang aku tulis disini pastinya bukanlah suatu yang muktamad betul. Maka yang pertama2 sekali, aku minta pembaca sila pertimbangkan dulu kemungkinan aku ni seorang yang bodoh dan apa yang ditulis adalah sampah semata2. Hanya Allah memiliki ilmu yang luas meliputi yang tidak diketahui makhluk. Oleh itu aku menggesa pembaca membuat kaji selidik sendiri dahulu dan tidak mengambil pendapat yg aku tulis secara serius. Jadikanlah ia sebagai sesuatu yang boleh difikirkan dan bacaan masa lapang anda. 

Pengenalan

Aku mula berkecimpung secara serius pun bukanlah lama sangat. Aku anggap aku menjadi serius player bila ada maker sendiri iaitu pada May 2013. First time aku main paintball ialah pada tahun 2006 dengan Ben, guna maker rental dan kebanyakan game adalah reckon atau woodball. Main pakai hentam saja, takde tactic atau strategy. Kalau ada pun macam main tembak2 masa sekola SUI dulu jer. First tournoment yang aku masuk adalah yang dianjurkan oleh tempat kerja aku disebuah bank terkemuka ditanah air. Itu juga first time jadi TC. Mana taknya jd TC, sbb aku jer sorang dalam team tu pernah main paintball. Gerun jugak masa game bila tengok team lain siap maker sendiri and uniform. Itu jugalah first tournoment yang team aku jadi champion keseluruhan for 2007. Team aku dibubarkan tahun berikutnya disebab ahli pasukan banyak comitment kerja. Maka aku bermain dengan satu team lain dibawah TC yang aku kira berpengalaman bermain berpasukan. Biasaler masuk geng team bola. Tapi hanya top 5 jer.



Sepanjang aku bermain paintball boleh dikatakan persoalan tentang siapa yang patut menjadi rakan sepasukan merupakan tajuk utama. Kenapa perlu pilih? Sebab kita mahukan sebuah pasukan dan rakan pasukan yang efektif. Selalunya, secara sedar atau tidak sedar, pasukan atau TC baru meletakkan ciri-ciri skill dan pengalaman rakan pasukan sebagai ciri-ciri utama dalam pemilihan ahli pasukan. Manakala ciri kedua adalah peralatan yang bagus. Kesian mereka yang tidak berapa skill, alwiz dianaktirikan. Ini adalah lumrah kerana kebanyakan kita (termasuk aku) telah terdidik bahawa nak power mesti ada skill and gear power. 

Tapi kita lupa bahawa skill boleh dilatih jika ada kemahuan, malah gear pula tidak boleh menjamin kemenangan. Cth byk Amerika kalah dgn Afghnistan dalam perang dsbgnya. Persoalan lagi, adakah secara realiti kita akan dapat skill and gear yang perfect atau sempurna? Ramai yang akan kata tidak kan. Jadi apakah formula atau cara yang berkesan untuk memilih atau menjadi seorang rakan pasukan yang efektif? Maka sesorang itu mempunya fair chance untuk terpilih sebagai rakan pasukan yang efektif.

Bagi memudahkan untuk membuat pemilihan atau dipilih, kita perlu buat sedikit tanggapan. Katakanlah kita mempunyai set mereka yang mempunyai skill untuk melakukan tugasan tersebut (atau tidak mempunyai langsung skill tugasan tersebut). Apakah faktor atau nilai (value) yang boleh kita ambilkira dalam pemilihan rakan sepasukan? Disini aku kongsikan pandangan aku berdasarkan pembacaan dan pengalaman aku. Nilai atau faktor berikut tidak mengikut keutamaan. Hanya sahaja, secara tidak sedar atau sedar aku meletakkan yang pertama. Mungkin keutamaan pilihan dalam minda bawah sedar aku.

Sebelum aku mulakan, faktor dan nilai ini adalah untuk membantu kita menilai diri bukan menunding jari. Kalau anda seorang TC yang dipertanggunjawabkan mungkin anda boleh gunakannya untuk menilai diri dan bakal ahli pasukan anda.

Komitmen


Aku pilih nilai atau faktor ini terlebih dahulu kerana ia merupakan pengerak kreativiti kepada setiap aktiviti atau tugasan pasukan. Maka seorang rakan pasukan yang bagus dan kuat adalah mereka yang amat mengambil berat (care):
1. Tugasannya, 
2. Pasukannya 
3. Tugasan pasukannya. 

Mereka akan berusaha membuat yang terbaik dan mengambil berat berkenaan ahli pasukannya dan berharap rakan sepasukannya berbuat yang sama. Kita semua pasti ada pengalaman, rakan pasukan kita tidak sempurnakan tugasan yg diberi. Bagaimana keadaan tersebut membuat kita rasa lemah dan tidak bersemangat. Bayangkan jika ia berlaku berulang-ulangkali. Malah menyebabkan pergerakan kita terbantut atau strategi kita gagal. 

Jadilah rakan pasukan yang menunjukkan komitment yang tinggi. Didalam skop pasukan paintball soalan2 berikut boleh membantu kita menilai diri sendiri:
1. Adakah aku datang awal latihan atau perlawanan?
2. Adakah aku hadir setiap latihan bersama dgn rasa mengambil berat diatas?
3. Adakah aku lakukan terbaik apa yang diarahkan, ditunjukajar atau diaturkan untuk aku?
4. Adakah aku menyumbang sesuatu atau tidak?

bersambung...